Media sosial

IG TT

Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA

G

UNGAI BESAR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira 7.30 pagi disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
 
Hadir sama Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor Datuk Rizam Ismail dan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor Datuk Ng Suee Lim.
Sultan Sharafuddin kemudian berkenan melepaskan kira-kira 2,500 peserta yang melibatkan kategori 5 kilometer (km) dan 3 km.
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor, berkenan berangkat ke Program Larian KITA di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap hari ini. - Foto BERNAMA

‘Baginda turut berkenan menyertai larian sambil mengenakan kain pelekat dan topi jerami bertepatan suasana kampung yang menjadi tema acara.’

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah melancarkan Larian ‘Kebajikan dan Inklusiviti Teras Aspirasi’ (KITA). - Foto BERNAMA
Tengku Zafrul ketika ditemui selepas larian berkenaan berkata Sultan Sharafuddin menitahkan supaya acara serupa diteruskan pada masa akan datang di kawasan luar bandar dengan melibatkan penduduk tempatan bagi memupuk gaya hidup sihat.
 
“Pada masa yang sama, acara ini dapat mempromosikan tarikan pelancongan yang ada selain menjadi kawasan pertanian dan keusahawanan,” katanya dan memaklumkan Larian KITA yang seterusnya akan diadakan di Klang tahun hadapan dengan sasaran untuk menarik lebih ramai penyertaan.

— BERNAMA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP
Sultan Abdul Aziz Royal Gallery

Alamat:
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Bangunan Sultan Suleiman,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Waktu Lawatan:
Selasa - Ahad : 10am hingga 5pm
Isnin & Cuti Umum : Tutup
Masuk Percuma

Maklumat lanjut
Tel: 03-3373 6500
Faks: 03-3373 6510
E-mel: info@galeridiraja.com

Sultan Abdul Aziz Royal Gallery