Media sosial

IG FB

Anugerah & Pengiktirafan

Pada 27 Oktober 2007, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz telah memenangi tempat pertama dalam kategori Projek Khas dari FIABCI Malaysia.

Majlis gilang gemilang tersebut telah berlansung di hotel One World dan D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan menjadi tetamu kehormat.

FIABCI adalah singkatan kepada bahasa Perancis “Federation Internationale des Administrateurs de Bien-Conselis Immobiliers” atau Pertubuhan Hartanah Antarabangsa.

“Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz telah dicalonkan sebagai finalis untuk Anugerah FIABCI Prix d’Excellence tahun 2008 didalam kategori sektor awam.”

Anugerah ini dizahirkan bagi mengiktiraf projek-projek yang dilaksanakan dengan cemerlang dari semua aspek pengurusan hartanah.

Pemenang diadili oleh satu panel yang terdiri dari 17 orang profesional didalam bidang hartanah dari seluruh pelusuk dunia.

Projek-projek diadili mengikut kriteria-kriteria berikut:
• Senibina dan rekabentuk
• Pembangunan dan pembinaan
• Faedah kepada masyarakat dan impak kepada alam semulajadi
• Kewangan dan Pemasaran

“Sijil Pengiktirafan sebagai finalis Prix d’Excellence diserahkan oleh Presiden ‘FIABCI International’ pada 29 Mei 2008 di Amsterdam, The Netherlands.”

Ikuti perkembangan terkini!

Jangan ketinggalan! Lihat halaman blog kami untuk berita terkini & promosi!

TOP

Alamat:
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Bangunan Sultan Suleiman,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Waktu Lawatan:
Selasa - Ahad : 10am hingga 5pm
Isnin & Cuti Umum : Tutup
Masuk Percuma

Maklumat lanjut
Tel: 03-3373 6500
Faks: 03-3373 6510
E-mel: info@galeridiraja.com