Media sosial

IG TT

Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin

K

AJANG: Nama Hospital Kajang hari ini secara rasminya ditukar kepada Hospital Tengku Permaisuri Norashikin.

Perasmian nama baharu itu diadakan pada majlis yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini.
 
Pada majlis itu turut menyaksikan perasmian pembukaan Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak (WCC) hospital berkenaan yang mula beroperasi pada 7 Okt tahun lepas.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan merasmikan Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak serta penjenamaan semula Hospital Kajang kepada Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. - Foto BERNAMA
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sembah ucapannya berkata Hospital Tengku Permaisuri Norashikin ialah hospital pakar yang mampu menerima lebih 28,000 pesakit setiap tahun.

Dzulkefly berkata hospital itu kini tampil sebagai satu daripada hospital pakar utama yang dilengkapi kemudahan moden dan menawarkan 17 perkhidmatan kepakaran.

“Hospital ini berada dalam Program Hospital Kluster Lembah Klang Keempat yang dipimpin oleh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sebagai Lead Cluster Hospital. Ia memperoleh perkhidmatan pakar melalui lawatan pakar perubatan secara berkala dan perkongsian sumber sekali gus meningkatkan kualiti rawatan kepada pesakit,” katanya.

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan menyampaikan cenderahati kepada pesakit kanak-kanak ketika meluangkan masa melawat wad kanak kanak pada Majlis Perasmian Pusat Rawatan Wanita dan Kanak-Kanak dan penjenamaan semula Hospital Kajang kepada Hospital Tengku Permaisuri Norashikin hari ini. - Foto BERNAMA
Mengulas mengenai WCC hospital itu, Dzulkefly berkata ia dibina sebagai sebahagian daripada usaha KKM untuk mengurangkan kesesakan, memperluas akses rawatan dan memastikan pesakit menerima perkhidmatan terbaik.
 
Beliau berkata fasiliti di bangunan sembilan tingkat itu dilengkapi 272 katil, 14 bilik bersalin, enam bilik bedah, satu mesin Imbasan Tomografi (CT) serta perkhidmatan pergigian dan audiologi pediatrik.
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan bergambar bersama kakitangan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin. - Foto BERNAMA
“Sebanyak 1,043 perjawatan baharu telah diluluskan untuk memastikan fasiliti ini dipacu petugas kesihatan yang pakar dan berkemahiran tinggi,” katanya.
 
Dzulkefly berkata pembinaan fasiliti yang dibina di tanah seluas 5.43 ekar itu membabitkan kos sebanyak RM287 juta.

— BERNAMA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP
Sultan Abdul Aziz Royal Gallery

Alamat:
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Bangunan Sultan Suleiman,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Waktu Lawatan:
Selasa - Ahad : 10am hingga 5pm
Isnin & Cuti Umum : Tutup
Masuk Percuma

Maklumat lanjut
Tel: 03-3373 6500
Faks: 03-3373 6510
E-mel: info@galeridiraja.com

Sultan Abdul Aziz Royal Gallery