
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri
ANTING: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di sini hari ini.

“Patik menjunjung kasih titah Tuanku petang tadi bahawa tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan pada umat Islam hadir ke majlis perayaan bukan Islam terutama di Selangor.
“Ini bukan sekadar satu bentuk tolak ansur antara satu sama lain tetapi kita di Selangor mempunyai keutuhan, persefahaman tanpa kira agama, bangsa dan keturunan. Kita di Selangor sudah lama meraikan kepelbagaian dan merupakan masyarakat yang bermaruah serta yakin dengan cara fahaman masing-masing,” katanya.

Sultan Sharafuddin menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office petang tadi menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di negeri itu.
Baginda bertitah sebagai sebuah negara majmuk dengan rakyatnya menganuti pelbagai agama dan kepercayaan, toleransi dalam beragama seharusnya tidak dikompromi.

Dalam pada itu, Amirudin berkata kerajaan Selangor menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini telah mengenal pasti tapak baharu dan meluluskan permohonan Sekolah Menengah Persendirian Cina Pin Hwa di Kota Kemuning, Shah Alam.
Selain itu, Amirudin berkata MMKN turut meluluskan permohonan tapak baharu bagi pembinaan sekolah agama rakyat yang dimohon oleh kerajaan Persekutuan di Gombak.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin kemudiannya berkenan menggaul yee sang sebagai gimik perasmian sambutan serta turut berkenan melawat ke tapak pesta tanglung dan pameran bunga di pekarangan tokong itu sebelum berangkat pulang.
— BERNAMA
Tinggalkan Balasan