Follow us:

IG FB

Raja Muda Selangor kurnia pingat kepada 165 penerima daerah Petaling, Klang

S

HAH ALAM - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 165 penerima bagi daerah Petaling dan Klang. Pengurniaan adalah bersempena ulang tahun ke-78 Hari Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengiringi Tengku Amir Shah pada istiadat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim serta barisan exco kerajaan negeri.

Pada majlis itu, Pengerusi Persatuan Pengadil Selangor, Mohd Zubir Muhamad Shari dianugerahkan Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (P.K.S) yang dikurniakan kepada pegawai atau ahli sukan negeri termasuk sukan paralimpik, yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dan penglibatan sekurang-kurangnya tiga tahun serta memenangi pingat dalam kejohanan di peringkat negeri atau kebangsaan.

“Seramai 13 individu menerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) kerana telah melakukan sesuatu perbuatan terbilang dan terpilih pekertinya di Selangor.”

Selain itu, seramai 40 individu menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (PPC) bagi menghargai jasa mereka yang telah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun.

Sementara itu, bagi Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pula, seramai 101 individu yang berjasa kepada negeri Selangor dianugerahkan pingat berkenaan manakala 10 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) kerana telah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan negeri lebih 20 tahun. – Bernama

TOP

Address:
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Bangunan Sultan Suleiman,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Visiting Hours:
Tuesday – Sunday : 10am to 5pm
Monday & Public holidays : Closed
Free Admission

For further information
Tel: 03-3373 6500
Fax: 03-3373 6510
E-mail: info@galeridiraja.com