Follow us:

IG FB

Raja Permaisuri Agong Terima Darjah Kebesaran Tertinggi Selangor

K

LANG: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menerima darjah kebesaran tertinggi Selangor, Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DK) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-78. Darjah kebesaran dikurniakan Sultan Sharafuddin dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati di Balairung Seri Istana Alam Shah di sini yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

“Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati adalah anugerah tertinggi di Selangor dan dizahirkan pada 1961.”

Terdahulu pada istiadat 11 Disember lalu, Sultan Selangor mengurniakan DK II kepada Ahli Dewan Diraja Selangor, Tengku Datuk Putra Tengku Azman Shah. Seramai 95 individu lain turut menerima darjah kebesaran dan pingat Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri.

TOP

Address:
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Bangunan Sultan Suleiman,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Visiting Hours:
Tuesday – Sunday : 10am to 5pm
Monday & Public holidays : Closed
Free Admission

For further information
Tel: 03-3373 6500
Fax: 03-3373 6510
E-mail: info@galeridiraja.com