Follow us:

IG TT

Raja Muda Selangor berkenan sertai Sinar Ramadan Sunway, kongsi keceriaan kepada lebih 100 anak yatim

K

UALA LANGAT: Kumpulan Sunway meneruskan inisiatif #SunwayforGood Sinar Ramadan di Rumah Amal Raudhatul Jannah di sini, bagi membawa keceriaan raya kepada lebih daripada 100 kanak-kanak dari empat rumah anak yatim di seluruh Selangor.

Siri jelajah penuh makna ini adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat utama Sunway, #SunwayforGood, yang bertujuan untuk menyantuni kehidupan komuniti kurang bernasib baik di seluruh negara termasuk Johor, Perak, Pulau Pinang, Selangor, dan Terengganu semasa bulan Ramadan yang mulia.
 
Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Razman M. Hashim berkata, program yang merangkumi lima buah negeri itu turut dimeriahkan lagi dengan penampilan selebriti tempatan dan kerjasama rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan misi menyumbang kembali kepada lebih 4,000 golongan kurang berkemampuan.
Sunway Sinar Ramadan tiba di negeri Selangor bagi memberi keceriaan kepada lebih 100 kanak-kanak dari empat rumah anak yatim dengan hidangan berbuka puasa yang lazat di Rumah Amal Raudhatul Jannah di Kuala Langat, Selangor. - Foto Sunway
“Sinar Ramadan Sunway kini ke hentian keempatnya di Selangor dan berada pada landasan yang betul untuk mencapai hampir 4,000 penerima manfaat yang kurang bernasib baik di seluruh negara menjelang akhir bulan ini.
 
“Dan inilah yang kita lakukan bukan sahaja untuk Raya atau Ramadan, setibanya Tahun Baru Cina, Deepavali, dan Krismas, kami melakukan perkara yang sama dan ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya Sunway,” katanya selepas majlis berbuka Sinar Ramadan 2024 yang berlangsung di Rumah Amal Raudhatul Jannah, di Kuala Langat, Selangor.
Turut hadir, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan acara itu bersama Timbalan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Razman M. Hashim serta rakan-rakan dari Yayasan AIDS Malaysia, Yayasan Kebajikan Malaysia dan Komuniti Belia Selangor.
 
Baginda juga berkesempatan menyempurnakan sesi penyerahan kotak makanan #SunwayforGood kepada rumah kebajikan terlibat.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (tiga dari kiri) mengagihkan barangan keperluan penting kepada empat rumah anak yatim terlibat bersama Timbalan Pengerusi Kumpulan Sunway Tan Sri Razman M. Hashim (dua dari kiri). -Gambar Sunway
Dianjurkan dengan kerjasama Komuniti Belia Selangor (SAY), Yayasan Kebajikan Negara (YKN), dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF), siri #SunwayforGood Sinar Ramadan di Selangor juga menampilkan chef selebriti Datuk Ismail dan penyanyi terkenal dari Akademi Fantasia, Bob Yusof, yang kedua-duanya merupakan Selebriti Sokongan Riben Merah MAF.
 
Para tetamu dan sukarelawan turut terlibat dalam pelbagai aktiviti dengan kanak-kanak dari Rumah Amal Raudhatul Jannah, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, dan Sekolah KAFA Integrasi As-Syariff.
Ia termasuk sesi pembuatan kraf, khatam al-Quran, pemberian barangan keperluan, duit raya, dan hadiah raya.
 
Sementara itu, Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman turut menyambut baik usaha murni Kumpulan Sunway dalam menyantuni golongan kurang bernasib baik di bulan mulia ini.

“Sudah tentunya kepada syarikat-syarikat korporat lain yang berjaya boleh mengikuti jejak langkah syarikat seperti Sunway untuk menganjurkan program yang menyumbang kembali kepada masyarakat iaitu secara tidak langsung dapat membantu mereka memerlukan.

“Ia adalah satu penghormatan untuk bekerjasama dengan Sunway dalam inisiatif ini, dan kami berharap untuk melakukan lebih banyak lagi seterusnga menjadi sebagai sebahagian daripada usaha berterusan serta kerjasama jangka masa panjang,” katanya.
 
#SunwayforGood Sinar Ramadan akan diteruskan ke hentian terakhirnya di Dungun, Terengganu yang akan berlangsung di Baitul Cakna Lelaki Jambu Bongkok, sebelum berakhir dengan Rumah Terbuka Raya di Hotel Resort Sunway pada 24 April 2024.
 
Dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Hajah Norashikin, #SunwayforGood bakal menyantuni lebih daripada 300 kanak-kanak dari beberapa rumah anak yatim dengan persembahan, permainan, dan hidangan bufet hotel yang lazat.
Sinar Ramadan Sunway tiba di Selangor bagi berkongsi keceriaan kepada lebih daripada 100 kanak-kanak dari empat rumah anak yatim dengan hidangan buka puasa yang lazat di Rumah Amal Raudhatul Jannah di Kuala Langat, Selangor. - Gambar Sunway
TOP
Sultan Abdul Aziz Royal Gallery

Address:
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Bangunan Sultan Suleiman,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Visiting Hours:
Tuesday – Sunday : 10am to 5pm
Monday & Public holidays : Closed
Free Admission

For further information
Tel: 03-3373 6500
Fax: 03-3373 6510
E-mail: info@galeridiraja.com

Sultan Abdul Aziz Royal Gallery