Follow us:

IG TT

Tengku Amir ‘mengancau’ ikan di Program Rumpun Selangor

K

UALA SELANGOR: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam berkenan berangkat ke Taman Agroteknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Tanjung Karang sempena Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Kuala Selangor yang bermula 10 hingga 12 Julai.

MARDI dalam kenyataan memaklumkan, sempena lawatan tersebut Tengku Amir turut diberikan penerangan mengenai teknologi dron penyembur racun dan penabur baja.
 
“Tengku Amir turut dipertontonkan aktiviti mengancau ikan oleh kakitangan MARDI dan turut berkenan mencuba aktiviti tersebut.
Tengku Amir turut berkenan mencuba aktiviti mengancau ikan semasa lawatan ke Taman Agroteknologi MARDI Tanjong Karang pada Jumaat. - Foto/MARDI
“Baginda juga telah mencemar duli menaiki belon udara panas bagi meninjau kawasan sawah dari pemandangan atas,” kata kenyataan tersebut.
 
Hadir sama Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor, Datuk Rizam Ismail; Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan dan Timbalan Ketua Pengarah MARDI, Sanimah Simoh.

Tengku Amir turut berkenan menyampaikan sumbangan baja kepada pesawah dalam program itu dan diakhiri dengan majlis santapan.

Tengku Amir Shah (kanan) dan diiringi Rizam (dua kanan) bersama jurupandu menaiki belon panas sempena Program Gagasan Rumpun Selangor di Taman Agroteknologi MARDI Tanjong Karang di sini pada Jumaat.
Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.
 
Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.
TOP
Sultan Abdul Aziz Royal Gallery

Address:
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Bangunan Sultan Suleiman,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Visiting Hours:
Tuesday – Sunday : 10am to 5pm
Monday & Public holidays : Closed
Free Admission

For further information
Tel: 03-3373 6500
Fax: 03-3373 6510
E-mail: info@galeridiraja.com

Sultan Abdul Aziz Royal Gallery