Follow us:

IG TT

Sultan Selangor berkenan ke Majlis Pemakaian Kenaikan Pangkat Raja Muda

S

HAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Pemakaian Kenaikan Pangkat Leftenan kepada Kapten untuk Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Menurut Istana Alam Shah dalam hantaran di Facebook Selangor Royal Office, majlis pemakaian pangkat berkuat kuasa 19 Nov tahun lepas itu sepatutnya berlangsung lebih awal namun ditangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
“Tengku Amir Shah telah menduduki dua sesi peperiksaan kenaikan pangkat pada Julai 2020 (bertulis) di Kem Terendak, Melaka dan pada bulan September 2020 (amali) di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan,” menurut kenyataan itu.
Majlis pemakaian pangkat berkuat kuasa 19 Nov tahun lepas itu sepatutnya berlangsung lebih awal namun ditangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto Facebook@selangorroyaloffice
Tengku Amir Shah sebelum ini memakai pangkat Leftenan sejak 15 Apr 2017 dan kini memegang jawatan Ketua Platun Rintis Serang (Rinser) 17 17 RAMD (Para).
 
“Setelah memakai pangkat Kapten, Baginda kekal di Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja RAMD (Para),” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TOP
Sultan Abdul Aziz Royal Gallery

Address:
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Bangunan Sultan Suleiman,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Visiting Hours:
Tuesday – Sunday : 10am to 5pm
Monday & Public holidays : Closed
Free Admission

For further information
Tel: 03-3373 6500
Fax: 03-3373 6510
E-mail: info@galeridiraja.com

Sultan Abdul Aziz Royal Gallery