Follow us:

IG TT

Raja Muda Selangor kurnia anugerah belia kepada tujuh penerima

P

ETALING JAYA: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan anugerah kepada tujuh belia cemerlang sempena Sambutan Gala Ulang Tahun Kelima Selangor Youth Community (SAY) malam tadi.

Pengurniaan anugerah itu adalah bersempena sambutan pencapaian lima tahun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sejak penubuhannya pada 2017, bertemakan “Celebrating Achievements, Shaping Champions” (meraikan pencapaian, melahirkan juara).
 
Bekas Presiden Majlis Belia Selangor Mohammad Syafiq Ridzwan Jamaluddin menerima Anugerah Belia Raja Muda Selangor yang julung kali diberi, manakala Adab Youth Garage memenangi Anugerah Organisasi Belia Terbaik atas usaha mereka menyediakan akses kepada pendidikan dan peluang kepada belia kurang berkemampuan di kawasan perumahan kos rendah.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh turut hadir di majlis tersebut.
Sementara itu, Anugerah Kepimpinan SAY diberikan kepada Dhiyaul M. Asyraf bagi kategori kesenian dan kreatif, Daphne Ng Chiew Yen (sukan dan kesejahteraan), Jason Fung (keusahawanan) dan Hairul Abdullah (khidmat masyarakat), manakala Izzah Ezureen Mohamed Yusoff muncul Peserta Pasukan Terbaik.
 
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif SAY Nurul Azwa Rodzi.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kiri) berkenan menyampaikan Anugerah Belia Raja Muda Selangor 2022 kepada Mohammad Syafiq Ridzwan Jamaluddin pada Majlis Ulang Tahun Komuniti Belia Şelangor (SAY) ke-5 di sebuah hotel hari ini. Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (kanan). - Foto BERNAMA
Majlis turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara SAY dengan Yayasan ASEAN yang merupakan kerjasama strategik menerusi inisiatif Belia Juara Seed Funding bertujuan memperkasa belia di negara-negara ASEAN dalam isu tempatan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TOP
Sultan Abdul Aziz Royal Gallery

Address:
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Bangunan Sultan Suleiman,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Visiting Hours:
Tuesday – Sunday : 10am to 5pm
Monday & Public holidays : Closed
Free Admission

For further information
Tel: 03-3373 6500
Fax: 03-3373 6510
E-mail: info@galeridiraja.com

Sultan Abdul Aziz Royal Gallery