19 Julai 2025 – DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan memasyhurkan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin sebagai Canselor Universiti Islam Selangor (UIS) yang pertama.
Semasa istiadat yang diadakan di kampus induk UIS di Bandar Seri Putra, Kajang, Baginda berkenan memasyhurkan institusi pengajian tinggi yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), secara rasmi berstatuskan universiti dan dikenali sebagai UNIVERSITI ISLAM SELANGOR.
Baginda turut memperkenankan pelantikan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, dan Ahli Dewan di-Raja Selangor, YAD Dato’ Setia Mohamed Adzib Mohd Isa, sebagai Pro-Canselor UIS.
Baginda turut menamakan pusat konvensyen UIS sebagai Dewan Sultan Idris Shah.

Dalam titah ucapan, Baginda menegaskan bahawa UIS tidak seharusnya dijadikan sebagai Universiti yang hanya mementingkan ilmu pengetahuan secara teori semata-mata, tetapi hendaklah menjadi sebuah Universiti yang mematangkan pemikiran, menggilap keperibadian muliadan mendidik jiwa murni supaya berjaya di dunia dan akhirat.
Baginda juga dengan langkah UIS untuk menjadi Universiti Wakaf pertama di Malaysia, satu usaha mulia yang mendukung nilai keikhlasan, keberkatan dan kebersamaan.
Baginda turut mengumumkan telah satu ketetapan bahawa kerajaan negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), tidak lagi membiayai para pelajar peringkat diploma dan ijazah pertama ke Universiti di negara Timur Tengah, sebaliknya akan membiayai para pelajar ini untuk melanjutkan pelajaran dengan memasuki Universiti Islam tempatan.
Baginda yakin UIS mampu menjadi pemangkin pembangunan ekonomi ummah dan berharap agar UIS terus menjalin kolaborasi strategik dengan universiti tempatan dan luar negara termasuk Universiti Al-Azhar, Mesir serta para penyokong industri demi mengukuhkan penyelidikan dan integrasi ilmu selari dengan perkembangan terkini.

— Selangor Royal Official
Leave a Reply