Follow us:

IG TT

Raja Muda Selangor takluk puncak Gunung Kilimanjaro

S

HAH ALAM: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluk puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania pada Jumaat.

Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan, ekspedisi dicetuskan Tengku Amir itu bertujuan mengumpul dana menubuhkan sebuah pusat penjagaan bagi kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan bantuan pertuturan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.
Pendakian Baginda ke puncak Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter itu diiringi sepupu baginda, Engku Panglima Setia Diraja Datuk Syed Haizam Jamalullail; kekanda ipar baginda, Datuk Setia Aubry Rahim Mennesson; Orang Besar Istana, Tengku Ezrique Ezzuddean dan rakan baginda, Keong Yeen Keoh.
Tengku Amir Shah (dua, kiri) berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluk puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania. - Foto ihsan Selangor Royal Office
Kenyataan itu memberitahu, usaha meraih dana menerusi ekspedisi yang bermula pada 31 Ogos lalu itu berpunca daripada kos rawatan tinggi yang terpaksa dihadapi keluarga kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan pertuturan.
 
“Ini termasuk anak perempuan kepada Datuk Syed Haizam yang menghidapi masalah sama sejak usia tiga tahun,” kata kenyataan itu di Facebook rasmi pada Jumaat.
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah
Pada tahun 2012, ekspedisi hampir serupa pendakian ke Gunung Kinabalu, Sabah turut disertai Tengku Amir bersama 23 kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) dari Cheshire Home.
 
Kepada yang ingin membantu menyumbang kepada misi dana ini boleh berbuat demikian di https://www.simplygiving.com/speech-and-hearing-aid-centre-yprtu
TOP
Sultan Abdul Aziz Royal Gallery

Address:
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Bangunan Sultan Suleiman,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Visiting Hours:
Tuesday – Sunday : 10am to 5pm
Monday & Public holidays : Closed
Free Admission

For further information
Tel: 03-3373 6500
Fax: 03-3373 6510
E-mail: info@galeridiraja.com

Sultan Abdul Aziz Royal Gallery